Menyedari hakikat tentang kepentingan dan manfaat yang diperolehi melalui pelaksanaan Amalan 5S ini, Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah telah dipilih sebagai satu projek Community Service and Responsibility (CSR) bagi menyahut seruan kerajaan untuk memperluaskan Amalan 5S kepada komuniti setempat. Projek ini boleh dikatakan sebagai projek rintis bagi sesebuah jabatan kerajaan untuk bersama-sama turun padang bagi menjayakan pelaksanaan Amalan 5S di rumah perlindungan ini.
MAKLUMAT PROGRAM
Program CSR bagi pelaksanaan
Amalan 5S ini akan julung-julung kalinya diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh :
11 Mac 2012 (Ahad)
Tempat :
10.00 pagi (terbuka kepada semua
warga Bahagian eKL)
Tempat : Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim
Raudhatul
Jannah, Taman Pelangi,
Sentul, Kuala Lumpur
3.
ANGGARAN
KOS PELAKSANAAN
Pelaksanaan program CSR ini tidak melibatkan apa-apa kos tambahan
yang perlu ditanggung berdasarkan justifikasi seperti berikut:
a) Bahan-bahan
yang digunakan bagi tujuan pelabelan dan keceriaan hanya menggunakan sumber-sumber sedia ada yang terdapat
di Bahagian eKL. Sebagai contohnya seperti kertas warna, stapler, pelekat dan
sebagainya.
b) Bahan kitar semula dan terpakai turut digunapakai bagi tujuan keceriaan.
Sebagai contohnya seperti surat khabar lama, majalah-majalah lama dan
sebagainya.
c) Mendapat
sumbangan dan tajaan daripada badan
korporat dan individu. Badan korporat seperti Karangkraf akan menyumbang buku
atau majalah terbitannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan