Manfaat
program yang dilaksanakan bagi penghuni Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim
Raudhatul Jannah adalah seperti berikut:
a)
Persekitaran
yang lebih bersih, kemas dan rapi
§ Tidak
dinafikan bahawa persekitaran di rumah perlindungan ini berada dalam keadaan
yang bersih dan memuaskan. Melalui Amalan 5S yang akan dilaksanakan ini,
penghuni disini sedikit sebanyak akan memperolehi ilmu dan dapat mengetahui
mekanisme yang betul dalam memastikan persekitaran sentiasa berada dalam
keadaan yang kondusif.
b)
Menjimatkan
kos
§ Amalan
5S ini sangat sesuai dilaksanakan di rumah perlindungan ini memandangkan ia
tidak melibatkan kos yang tinggi. Melalui amalan ini juga, ia dapat mengekalkan
kualiti serta jangka hayat sesuatu barang atau peralatan.
c)
Setiap
perkara yang dilaksanakan lebih sistematik
§ Penghuni
juga akan dilatih untuk menyimpan sesuatu barang atau peralatan dengan lebih
teratur. Perkara ini secara tidak langsung akan mengurangkan penggunaan kawasan
atau tempat dan ia akan memudahkan penghuni untuk mengambil atau mencari
sesuatu barang atau peralatan.
d)
Meningkatkan
kecekapan penggunaan sumber
§ Melalui
Amalan 5S ini, sumber sedia ada akan digunakan secara optimum. Ia juga dapat
mengatasi masalah kekurangan dan kerosakan sesuatu barang dan peralatan.
Penghuni akan dilatih untuk mematuhi arahan yang ditetapkan agar dapat
memastikan persekitaran berada dalam keadaan yang baik.
e)
Membentuk
disiplin yang tinggi
§ Penghuni
bukan sahaja dapat membentuk disiplin yang tinggi, malah motivasi diri juga
dapat dipertingkatkan melalui Amalan 5S di rumah perlindungan ini. Persekitaran
yang positif akan memberi kesan positif kepada setiap individu. Mereka juga
sudah tentu akan selesa mendiami rumah perlindungan ini di samping dapat
membentuk semangat kerja berpasukan yang tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan