Walaupun
pelaksanaan Amalan 5S ini dilihat sebagai satu perkara yang mudah, namun ia
mampu memberi kesan atau impak jangka panjang kepada perkhidmatan awam amnya
dan khusus kepada penghuni rumah perlindungan ini. Seperti yang dinyatakan
sebelum ini, hanya sebuah rumah kebajikan sahaja iaitu Kompleks Kebajikan
Hamidah yang mempunyai inisiatif yang sama seperti apa yang ingin dilaksanakan
di Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah.
Walaupun
pendekatan yang diambil adalah sama, namun inisiatif ini adalah julung-julung
kalinya melibatkan penjawat awam. Kebiasaannya, program CSR yang dijalankan
dirumah kebajikan akan melibatkan badan korporat, tetapi kelainan pada program
ini adalah melibatkan penjawat awam dan perkara ini secara tidak langsung akan
memberi imej yang baik dan sekaligus memberi impak jangka panjang kepada
perkhidmatan awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan