Isnin, 12 Mac 2012

PROGRAM CSR: 11 MAC 2012

Setiap bilik tidur dinamakan dengan nama-nama pejuang Islam zaman Rasulullah iaitu Kamar Abu Bakar As-Siddiq (bilik tidur lelaki), Kamar Fatimah Al-Zahra dan Kamar Khaulah Al-Azwar (Bilik tidur perempuan)


Sudut bacaan yang sebelum ini sesak dan padat dengan barang-barang yang tidak digunakan telah ditransformasikan menjadi sebuah mini perpustakaan

Buku-buku yang disumbangkan oleh orang ramai telah disusun rapi di rak yang disediakan mengikut kategori masing-masing. Contohnya seperti novel, buku cerita, buku agama, majalah, buku rujukan dan buku latihan

Sudut 5S juga turut disediakan di mini perpustakaan bagi memberi maklumat tambahan kepada penghuni ataupun orang ramai yang datang ke sini mengenai Amalan 5S

Pintu bilik beserta nama bilik dan juga nama ahli bilik

Rumah kebajikan pertama yang mengamalkan Amalan 5S

Pintu di label untuk memudahkan penghuni memaklumkan kepada pengetua sekiranya terdapat kerosakan

Pintu Utama

Surau yang baru dibina

Program tamat

Pengerusi Kelab BeKL menyempurnakan upacara penutup dengan memberi sumbangan ikhlas yang diterima daripada warga Bahagian

Diakhiri dengan wajah ceria peserta dan penghuni yang menunjukkan 5 jari sebagai simbol Amalan 5S

Projek CSR ini adalah inisiatif daripada Bahagian eKL, MAMPU, Jabatan Perdana Menteri.

Urus Setia:
Noor Akmar Mohamed Azmaili
Noor Azrah Mohd Nordin

KOMPLEKS KEBAJIKAN HAMIDAH SEBAGAI PENANDA ARAS BAGI PELAKSANAAN AMALAN 5S


Menurut Akhbar Utusan Online yang bertarikh 14 Jun 2010, Kompleks Kebajikan Hamidah yang terletak di Bandar Baru Permyjaya, Sarawak merupakan rumah kebajikan pertama yang mengamalkan konsep 5S. Pelaksanaan Amalan 5S di Kompleks kebajikan yang bernaung di bawah Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (LKAYS) ini telah mendapat kerjasama daripada salah sebuah badan korporat yang menjadikan ia sebagai satu Program Corporate Social and Responsibility.

Berikutan daripada pelaksanaan Amalan 5S di Rumah Kebajikan Hamidah ini, tidak salah sekiranya kita mengambil idea yang sama untuk diimplementasikan di Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah. Perkara ini bukan sahaja dapat memberi kesan positif kepada penghuni rumah anak yatim ini, malahan melalui imej yang baik ini secara tidak langsung akan memberi keyakinan kepada pihak luar untuk terus menderma dan memberi sumbangan kepada rumah perlindungan ini.

IMPAK PELAKSANAAN PROGRAM CSR KEPADA PERKHIDMATAN AWAM


Walaupun pelaksanaan Amalan 5S ini dilihat sebagai satu perkara yang mudah, namun ia mampu memberi kesan atau impak jangka panjang kepada perkhidmatan awam amnya dan khusus kepada penghuni rumah perlindungan ini. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, hanya sebuah rumah kebajikan sahaja iaitu Kompleks Kebajikan Hamidah yang mempunyai inisiatif yang sama seperti apa yang ingin dilaksanakan di Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah. 

Walaupun pendekatan yang diambil adalah sama, namun inisiatif ini adalah julung-julung kalinya melibatkan penjawat awam. Kebiasaannya, program CSR yang dijalankan dirumah kebajikan akan melibatkan badan korporat, tetapi kelainan pada program ini adalah melibatkan penjawat awam dan perkara ini secara tidak langsung akan memberi imej yang baik dan sekaligus memberi impak jangka panjang kepada perkhidmatan awam.

Manfaat Amalan 5S


Manfaat program yang dilaksanakan bagi penghuni Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah adalah seperti berikut:

a)    Persekitaran yang lebih bersih, kemas dan rapi
§  Tidak dinafikan bahawa persekitaran di rumah perlindungan ini berada dalam keadaan yang bersih dan memuaskan. Melalui Amalan 5S yang akan dilaksanakan ini, penghuni disini sedikit sebanyak akan memperolehi ilmu dan dapat mengetahui mekanisme yang betul dalam memastikan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan yang kondusif.


b)    Menjimatkan kos
§  Amalan 5S ini sangat sesuai dilaksanakan di rumah perlindungan ini memandangkan ia tidak melibatkan kos yang tinggi. Melalui amalan ini juga, ia dapat mengekalkan kualiti serta jangka hayat sesuatu barang atau peralatan.

c)    Setiap perkara yang dilaksanakan lebih sistematik
§  Penghuni juga akan dilatih untuk menyimpan sesuatu barang atau peralatan dengan lebih teratur. Perkara ini secara tidak langsung akan mengurangkan penggunaan kawasan atau tempat dan ia akan memudahkan penghuni untuk mengambil atau mencari sesuatu barang atau peralatan.

d)    Meningkatkan kecekapan penggunaan sumber
§  Melalui Amalan 5S ini, sumber sedia ada akan digunakan secara optimum. Ia juga dapat mengatasi masalah kekurangan dan kerosakan sesuatu barang dan peralatan. Penghuni akan dilatih untuk mematuhi arahan yang ditetapkan agar dapat memastikan persekitaran berada dalam keadaan yang baik.

e)    Membentuk disiplin yang tinggi
§  Penghuni bukan sahaja dapat membentuk disiplin yang tinggi, malah motivasi diri juga dapat dipertingkatkan melalui Amalan 5S di rumah perlindungan ini. Persekitaran yang positif akan memberi kesan positif kepada setiap individu. Mereka juga sudah tentu akan selesa mendiami rumah perlindungan ini di samping dapat membentuk semangat kerja berpasukan yang tinggi.

Program Community Service & Responsibility (CSR) anjuran Bahagian eKL, MAMPU, Jabatan Perdana Menteri: Amalan 5S

Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, selamat dan kondusif. 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke yang bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. 5S merupakan satu amalan budaya dalam masyarakat Jepun. Ia mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1986 dan telah diamalkan dengan jayanya. Susulan daripada itu, Malaysia turut memperkenalkan Amalan 5S pada pertengahan tahun 1980-an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). 

Menyedari hakikat tentang kepentingan dan manfaat yang diperolehi melalui pelaksanaan Amalan 5S ini, Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah telah dipilih sebagai satu projek Community Service and Responsibility (CSR) bagi menyahut seruan kerajaan untuk memperluaskan Amalan 5S kepada komuniti setempat. Projek ini boleh dikatakan sebagai projek rintis bagi sesebuah jabatan kerajaan untuk bersama-sama turun padang bagi menjayakan pelaksanaan Amalan 5S di rumah perlindungan ini. 

MAKLUMAT PROGRAM 
Program CSR bagi pelaksanaan Amalan 5S ini akan julung-julung kalinya diadakan seperti ketetapan berikut:

            Tarikh          :         11 Mac 2012 (Ahad)
Tempat        :         10.00 pagi (terbuka kepada semua warga Bahagian eKL)
Tempat        :         Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul  
                                 Jannah, Taman Pelangi, Sentul, Kuala Lumpur

3.     ANGGARAN KOS PELAKSANAAN
Pelaksanaan program CSR ini tidak melibatkan apa-apa kos tambahan yang perlu ditanggung berdasarkan justifikasi seperti berikut:
a) Bahan-bahan yang digunakan bagi tujuan pelabelan dan keceriaan hanya menggunakan sumber-sumber sedia ada yang terdapat di Bahagian eKL. Sebagai contohnya seperti kertas warna, stapler, pelekat dan sebagainya.
b)  Bahan kitar semula dan terpakai  turut digunapakai bagi tujuan keceriaan. Sebagai contohnya seperti surat khabar lama, majalah-majalah lama dan sebagainya.
c)     Mendapat sumbangan dan tajaan daripada badan korporat dan individu. Badan korporat seperti Karangkraf akan menyumbang buku atau majalah terbitannya.

Papan Tanda


Latar Belakang



Penglibatan awal hanya sebagai sukarelawan
Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah ini diasaskan oleh Puan Zainab binti Othman, seorang wanita kental yang ikhlas memberi perlindungan kepada anak-anak yatim di luar sana. Beliau sanggup menamatkan kerjaya beliau sebelum ini sebagai seorang bekas pelakon veteran dan juga pernah mempunyai perniagaan katering semata-mata untuk menjaga serta mendidik anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Beliau tekad menjadikan rumah yang beliau diami ini sebagai sebuah rumah perlindungan kepada 18 orang anak yatim yang tinggal bersama-sama disini. Sehingga kini, beliau yang dahulunya juga merupakan seorang sukarelawan mampu memberi perlindungan tempat tinggal, pakaian, makan dan minum kepada anak-anak yatim ini.
 
Mengutamakan didikan agama sejak dari kecil
Seramai 7 orang penghuni lelaki dan 11 orang penghuni wanita dalam lingkungan umurnya bermula daripada 8 bulan hingga 17 tahun. Menurut Puan Zainab atau lebih mesra dipanggil Kak Nab, mereka yang bersekolah telah dihantar ke sekolah tahfiz yang berdekatan agar dapat mempelajari dan memperolehi didikan agama yang sempurna. Beliau percaya melalui didikan agama yang sempurna, kehidupan anak-anak ini kelak akan sentiasa diberkati dan mencapai kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Keadaan persekitaran yang agak terhad
Hasil lawatan pertama kami ke Raudhatul Jannah ini mendapati bahawa rumah perlindungan tersebut tidaklah seperti rumah-rumah kebajikan yang lain di sekitar ibu kota ini. Keadaan persekitaran rumah yang agak sesak dengan barang-barang yang disumbangkan oleh orang ramai terpaksa diletak di luar rumah memandangkan keadaan di dalam rumah yang agak terhad. Terdapat 4 buah bilik di rumah ini yang masing-masing dikongsi seramai 4 orang setiap satunya. Lebih menyedihkan lagi, Puan Zainab sanggup menyediakan semua bilik tersebut untuk anak-anak yatim di sana, manakala beliau memilih untuk tidur di ruang tamu sahaja.

Tidak suka meminta-minta
Selain daripada itu, kami dimaklumkan oleh Puan Zainab bahawa rumah perlindungan ini tidak menerima bantuan kewangan daripada JKM kerana menurut beliau bantuan kewangan yang ditawarkan itu amat sukar diperolehi memandangkan JKM menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh sesebuah pertubuhan sukarela kebajikan seperti rumah perlindungan ini. Menurut beliau juga, walaupun beliau tidak menerima bantuan bulanan dari mana-mana pihak berwajib, namun rezeki untuk menyara kehidupan anak-anak yatim ini tidak pernah putus kerana sentiasa mendapat bantuan dan sumbangan daripada orang ramai dan juga badan korporat. Jelas kelihatan sifat dan personaliti beliau yang tidak suka meminta-minta ini mampu membesarkan anak-anak yatim ini dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

Menerapkan nilai-nilai murni
Walau bagaimanapun, perhatian kami lebih tertumpu kepada kekemasan dan kebersihan yang diamalkan serta diterap oleh semua penghuni di sini. Walaupun, keadaan rumah yang agak sesak, Puan Zainab mampu mendidik anak-anak di sini agar menjaga kebersihan dan mendisiplinkan diri. Sikap dan personaliti setiap penghuni di sini yang sangat menghormati tetamu turut membuatkan kami tersentuh hati dan amat bangga dengan kewibawaan Puan Zainab yang juga digelar sebagai “ummi”.